LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
SESI NOVEMBER 2017
AMIR
SYAZWAN BIN LATFI AMIR
(08DEP15F1456)
HALAMAN JUDUL
LAPORAN
AKHIR LATIHAN INDUSTRI
OLEH :
AMIR
SYAZWAN BIN LATFI AMIR
(08DEP15F1456)
LOKASI
LATIHAN INDUSTRI :
IBU PEJABAT KORPORAT,
JALAN SULTAN HISHAMUDDIN,
50621 KUALA LUMPUR.
Laporan Akhir Latihan Industri Ini Dikemukakan Kepada
Pensyarah Penilai Di Jabatan Kejuruteraan Elektrik Bagi Memenuhi Sebahagian
Dari Syarat Penilaian Latihan Industri Dan Penganugerahan Diploma Kejuruteraan
Elektronik (Komunikasi)
POLITEKNIK
SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
NOVEMBER
2018
PENGHARGAAN
Segala pujian
bagi Allah SWT pemilik sekalian alam, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan
taufik dan hidayahNya, telah memberi keizinan saya untuk menyiapkan Laporan
Latihan Industri ini, blog Laporan Latihan Industri ini adalah satu tanda
penghargaan saya kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu dan memberi
tunjuk ajar yang berguna semasa saya menjalani Latihan Industri, selama 20
minggu dari 28 November 2017 hingga 13 April 2018. Terlebih
dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Right Click
Solution kerana sudi menerima saya untuk menjalani Latihan Industri di
sana.
Terlebih dahulu saya
ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak KTMB. kerana
telah memberi peluang kepada saya menjalani Latihan Industri di syarikat
ini. Saya bersyukur dan berterima kasih yang tidak terhingga kerana
menerima layanan dan teguran yang baik
serta saya dapat berkomunikasi dan
bekerjasama dengan warga di syarikat ini
tanpa mengira peringkat umur mahupun jawatan.
Di samping itu, Blog
laporan ini akan digunakan untuk memaklumkan dan menyatakan segala pengalaman
dan pengetahuan yang saya perolehi semasa menjalani Latihan Industri di KTMB.
Penyediaan blog laporan Latihan Industri ini bukan sahaja penting untuk
menentukan keputusan penuh Latihan Industri, malah ia secara amnya membuatkan
pelajar-pelajar yang menjalani Latihan Industri ini menilai, bahawa bukan mudah
untuk mengharungi alam pekerjaan tanpa pengalaman dan usaha yang gigih.
Di sini juga saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua kakitangan pekerja terutamanya en shahril izwan bin sabran selaku
SI , Rizal (Juruteknik kanan) dan selaku supervisor
kerana telah banyak memberi tunjuk ajar
dan bimbingan sepanjang tempoh latihan.
Akhirnya dapat juga
saya menyiapkan blog Laporan Industri ini setelah tamat menjalani Latihan
Industri selama hampir enam bulan. Dengan terhasilnya blog laporan ini maka
lengkaplah Latihan Industri saya, dan saya hanya menunggu masa untuk ditemuduga
sahaja sekembalinya ke Politeknik Sultan Salahuddin abdul aziz shah untuk
menyambung pelajaran. Sehubungan dengan itu, saya berharap blog Laporan yang
saya hasilkan ini dapat digunakan oleh pelajar-pelajar akan datang sebagai
rujukan.
PERAKUAN PELAJAR
“Saya akui bahawa laporan ini
adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan
…………………………
Nama
Pelajar :
AMIR SYAZWAN BIN LATFI AMIR
No.Pendaftaran
: 08DEP15F1456
Disahkan oleh
............................
(
)
Senarai Kandungan
Isi Kandungan Muka Surat
Halaman Judul I
Perakuan II
Surat Tamat
Latihan III
Dedikasi IV
Penhargaan V
Senarai Kandungan VI
Senarai Jadual VII
Senarai Rajah VIII
Senarai Lampiran IX
BAB 1: PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Objektif
Latihan Industri
1.3 Objektif
Laporan
1.4 Kepentingan
Latihan Industri Kepada Pelajar
BAB 2: LATAR BELAKANG SYARIKAT
2.1 Pengenalan
Firma
2.2 Latar Belakang
Syarikat
2.3 Ahli Lembaga
Pengarah
2.3.1 Sistem Pentadbiran
2.3.2 Aktiviti Firma
2.3.3 Halatuju Firma
2.3.4 Carta Organisasi Firma
2.3.5 Kelayakan Syarikat
BAB 3: AKTIVITI MINGGUAN
BAB 4: LAPORAN TEKNIKAL
BAB 5: DAPATAN DAN CADANGAN
PENGENALAN
Latihan
Industri ini diwajibkan kepada setiap pelajar Diploma Elektronik (Komunikasi)
sebagai syarat penganugerahan diploma. Latihan ini bertujuan untuk memberikan
pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang keadaan sebenar alam pekerjaan
dalam bidang Elektronik (Komunikasi) dan sebagai persediaan awal bagi pelajar
sebelum melangkah ke satu tahap menjadi seorang pekerja. Bagi sesi
NOVEMBER 2017, latihan ini berjalan selama 20 minggu iaitu bermula pada
28 NOVEMBER 2017 hingga 13 NOVEMBER 2018.
Saya
telah memohon dan mendapat tempat untuk menjalani Latihan
Industri di KERETA API TANAH MELAYU , KUALA LUMPUR. Saya telah
ditempatkan di SEMBOYAN (ISAYARAT) sepanjang tempoh latihan industri
disini. Sepanjang tempoh latihan disini, saya telah diberi peluang untuk
melibatkan diri dalam melakukan kerja-kerja sokongan teknikal yang berkaitan
isyarat seperti pemasangan cable, menukar transponder, memprogram
transponder dan membaca transponder.
OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Latihan
industri atau secara umumnya ialah latihan secara praktikal yang telah
diwajibkan keatas semua pelajar semester enam adalah salah satu syarat
untuk lulus dan memiliki Diploma Pengaturcaraan apabila tamat pengajian di
Politeknik Sultan salahuddin abdul aziz shah kelak.
Objektif latihan industri ini adalah untuk mendedahkan pelajar ke alam
pekerjaan yang sebenar di kilang, firma, kontraktor dan sebagainya. Ia juga
adalah bertujuan supaya pelajar dapat menanamkan semangat kerja secara
berpasukan dan membuat perhubungan baik di antara pekerja. Tujuan latihan
industri ini juga adalah untuk mengaitkan teori yang dipelajari dan disesuaikan
kepada praktikal. Walaupun ada dikalangan pelajar yang pergi ke latihan
industri tidak berkaitan namun ilmu dalam latihan itu turut membantu pelajar
semasa berkerja kelak. Objektif lain juga adalah supaya pelajar dapat
mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan ketika bekerja dan juga dapat
membina keyakinan diri sendiri ketika berada di dalam sebuah syarikat dan
sebagainya.
PENDAHULUAN
Latihan
Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di
politeknik dan dilaksanakan pada semester enam bagi program yang telah
dikenalpasti bagi menjalankan Latihan Industri Semester Akhir (LISA). Ianya
adalah merupakan proses penempatan pelajar di mana-mana organisasi sama ada di
jabatan kerajaan atau organisasi swasta bagi mendedahkan mereka kepada
suasana pekerjaan yang sebenar. Pelajar yang mengikuti pengajian di Politeknik
Kementerian pengajian Tinggi Malaysia diwajibkan menjalani latihan industri
selama satu semester sebelum dianugerahkan diploma.
OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
Laporan Latihan Industri amat
dititikberatkan dan merupakan syarat lulus sesi Latihan Industri, ia adalah
bertujuan untuk :
- Menterjemah kerja-kerja amali yang dilakukan ke dalam bentuk teori.
- Membentuk peribadi seorang pekerja yang berdisiplin kerana berupaya
membahagi masa dengan sebaiknya.
- Melahirkan pelajar yang bijak mengurus,merancang dan melaksanakan
tugasan dengan cekap.
- Meningkatkan pemahaman dan pengahayatan terhadap tanggungjawab
profesional, etika dan sosial.
- Memahami aspek-aspek pengurusan dan penyeliaan dalam persekitaran
kerja.
- Melatih pelajar mengahasilkan laporan yang padat, tepat dan
berkualiti.
- Memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran komputer
yang dipelajari
- Laporan Latihan Industri juga berperanan untuk dijadikan bukti atau dokumen sokongan ketikan menghadiri sesi temuduga sebenar kelak.
KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR
Tanpa
latihan industri, seorang pelajar itu tidak akan mempraktikkan segala kemahiran
yang telah diperolehi. Kes ini sekaligus akan menyukarkan pelajar untuk mencari
pekerjaan. Ini kerna,kebanyakan majikan akan melihat dan menilai bakat
pekerjanya dengan kemahiran dan pengalaman kerja yang telah dilalui sebelum
ini.
Dengan
adanya latihan industri,plajar akan mendapat peluang pekerjaan dengan lebih
mudah kerna telah memiliki pengalaman berkerja semasa latihan industri. Ia juga
menjadikan pelajar berfikiran lebih terbuka dan berpandangan jauh didalam
bidang yang diceburi. Pelajar akan dapat melihat dan mendapatkan pengalaman
dalam bidang yang dipilih.
Pogram yang
dijalankan ini melahirkan tenaga separa mahir dan profesional seiring dengan
sektor perindustrian terkini. Lantaran itu,pelajar akan lebih bersemangat untuk
berusaha dan berjaya selepas tamat latihan untuk mencari perkerjaan yang bagus
dan seterusnya memberi komitmen menyeluruh di alam pekerjaan sebenar.
Pada tahun 1961
merupakan tarikh berakhirnya orang eropah menjadi Pengurus Besar KTM. Dato’
Ahmad Perang merupakan anak watan yang pertama menjadi Pengurus Besar, dan Haji
Waad Jamaluddin merupakan kakitangan KTM yang pertama berjaya memegang jawatan
Pengurus Besar KTM. Selebihnya jawatan tersebut dipegang Pegawai Perkhidmatan
Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang dipinjamkan ke KTM.
KTM sejak
sebelum Perang Dunia lagi mempunyai rancangan pembinaan landasan merentasi
Kuala Lumpur ke Pahang, dari Johor Bahru ke Kuantan dan menyusur negeri
Terengganu dan kelantan tetapi tidak dapat dilaksanakan. Malah beberapa
landasan yang telah dirancangkan namun ianya tidak menjadi kenyataan.
Diantaranya ialah landasan sejauh 70 batu dari kulai ke Endau; keduanya dari
Kluang ke Muar dan terus ke Melaka sejauh 95 batu, ketiga; landasan sejauh 40
batu dari Gemas ke Melaka. Di Pahang pula dirancangkan landasan cawangan dari
Jerantut ke Kuantan sejauh 25 batu, manakala di Selangor pula dari kelang ke
Morib. Di negeri Perak cadangan pembinaan landasan cawangan yang terbengkalai
iaitu dari Ipoh ke Gopeng dan dari Bagan Serai ke Kuala Kurau. Namun kesemua rancangan
tersebut tidak terlaksana.
KTM juga turut memberi
sumbangan dari segi senibena, Ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu, stesen Kuala
Lumpur merupakan diantara bangunan indah buatannya dinegara ini. Senibena
`Moorsih’ menjadi cirri utama dalam rekabentuknya. Projek pembesaran stesen
Kuala Lumpur turut menyerapkan rupa bentuk asalnya dalam pembenaan meluskan dan
mencantikkan bangunan stesen KTM.
KTM turut memberi sumbangan di
Singapura. Selain dari mengambil alih landasan utama dari Singapura, KTM telah
membena landasan ke Changi. Landasan ini dibena untuk jabatan perang bagi
kerja-kerja pembinaan pertahanan di Singapura. Di Pulau Pinang, keretapi Bukit
Bendera yang ada kini telah dibena diawal tahun 1920-an FMSR mengambil alih
pentadbiran keretapi mulai tahun 1924.
Pada tahun
1992 KTM telah di Swastakan dan Nama KTM telah di ubah kepada
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). KTMB juga telah menapak setapak lagi
dengan memperkenalkan sistem pengangkutan moden yang dikenali sebagai Komuter
sesuai dengan kemodenan hari ini.
Pada tahun 1995 Stesen keretapi
Kuala Lumpur telah dipindahkan ke stesen baru yang terletak di Kuala Lumpur
Senteral (KL-Sentral). Stesen baru ini lebih moden dan selesa manakala stesen
keretapi lama digunakan sebagai hentian bagi perkhidmatan Komuter dan pusat
pelancongan.
Demikian sumbangan Keretapi
kepada pembangunan Negara. Dari Perak State Railway, FMSR hinggalah KTM dan
hari ini KTMB. Ia telah memberikan perkhidmatan yang tidak ternilai kepada
Negara. Pelbagai cabaran ditempuh namun keretapi tetap bergerak maju seiring
dengan pembangunan Negara. Sehingga kini keretapi adalah satu perkhidmatan yang
masih diperlukan oleh rakyat dan Negara.
AHLI LEMBAGA
PENGARAH
Wayar untuk disambungkan antara PTE dan transponder
Gambar penuh yang sudah di sambungkan wayar
Reset dalam keadan proses
Cabut sambungan wayar tersebut dan tekan no 1
Tekan enter untuk selesaikan reset
Tekan no 2 untuk program balise (transponder)
Tekan kod seperti di atas “4 1 5 5” untuk programkan transponder
Tekan no 1 jika sudah pasti kod itu betul
Masukkan wayar tersebut antara transponder dan PTE
Sudah memasukkan wayar
Tekan 1 untuk teruskan memprogram
Cabut semula wayar untuk teruskan program
Dalam keadaan proses
Program sudah berjaya
4.5 cara untuk
simulasi transponder
Masukkan wayar ini ke transponder
Lampu ini sebagai lampu isyarat di landasan keretapi
Tekan no 1 untuk bacaan transponder
Menyalakan lampu hijau
Mendapat bacaan 4 12 12 untuk lampu isyarat warna hijau
Menyalakan lampu kuning
Mendapat bacaan 4 12 0 untuk lampu isyarat warna kuning
Menyalakan lampu isyarat warna kuning dan merah
Mendapat bacaan 4 15 1 untuk lampu isyart merah dan kuning (tidak sah)
DAPATAN DAN CADANGAN
5.1 DAPATAN DAN CADANGAN TERHADAP
PIHAK POLITEKNIK.
Program Latihan Industri merupakan suatu program yang amat baik dan
berfaedah bagi pelajar politeknik. Ianya adalah bagi menyesuaikan diri dalam
keadaan kerja yang sebenar. Pelajar yang berpendidikan tinggi memerlukan
pengalaman bekerja sebelum bermula di mana-mana syarikat. Tanpa sebarang
pengalaman, pelajar akan menghadapi kesukaran semasa memulakan pekerjaan pada
masa akan datang. Pengalaman merupakan perkara penting dalam mencari pekerjaan
pada masa kini. Masa yang diperuntukkan untuk menjalani Program Latihan
Industri adalah agak pendek. Ini kerana pelajar yang menjalani latihan industri
akan dapat bekerja dengan lebih berkesan sekiranya masa yang diperuntukkan
dipanjangkan. Jika dipersetujui, tempoh latihan industri harus dipanjangkan
enam bulan.
Dalam tempoh masa itu, pelajar akan memperolehi lebih banyak pengetahuan
dalam segala bidang. Ini membolehkan pelajar praktikal tersebut lebih faham
mendalami dalam melakukan kerjanya. Disamping itu, pelajar juga boleh
mempelajari lebih banyak perkara yang tidak sempat belajar habis dalam tempoh
latihan industri ditetapkan. Oleh itu, Program Latihan Industri perlu
diteruskankan dari semasa ke semasa mengikut keperluan supaya pelajar dapat
memahami dunia pekerjaan dan berkebolehan menjalankan tugas lebih sempurna dan
menjadi lebih matang apabila keluar bekerja dalam sektor yang diceburi pada
masa depan.Selain penggunaan Bahasa Melayu didalam dokumen politeknik yang
berkenaan Program Latihan Industri, penggunaan Bahasa Inggeris adalah amat
penting khususnya untuk berkomunikasi dengan orang awam. Oleh kerana penggunaan
Bahasa Inggeris amat penting pada masa kini maka saya mencadangkan pihak
politeknik menyampaikan sistem pembelajaran dalam bahasa inggeris secara tidak
langsung pelajar yang kurang mahir akan menjadi pelajar yang boleh menguasai
Bahasa Inggeris dengan baik.
5.2 DAPATAN DAN CADANGAN TERHADAP PIHAK ORGANISASI.
Setelah menjalani Program Latihan Industri Keretapi Tanah Melayu Berhad selama
lima bulan, saya menyedari bahawa latihan industri ini telah banyak membantu
saya dalam mengetahui selok-belok keadaan kerja sebenar dan cara-cara
pengurusan dalam sesebuah agensi.Selain itu, komuniti ataupun hubungan kumpulan
warga kerja KTMB adalah rapat dan mesra antara satu sama lain seperti satu
keluarga yang saling bantu-membantu. Walaupun sebagai pelajar pratikal di
agensi ini, tetapi saya dilayan seperti kenalan mereka.
Semua warga kerja KTMB mempunyai tugasan yang tersendiri dalam
melaksanakan tugas-tugas yang telah disenaraikan. Situasi ini telah dapat
membantu saya menjalankan kerja dengan licin dan lancar disamping selalu
bertanya apabila menemui masalah dalam kerja.Sekiranya saya menghadapi sebarang
masalah dalam kerja yang dilakukan, kakitangan yang lain turut sudi membantu
saya serta memberi tunjuk ajar yang amat berharga dan berguna untuk saya kerana
kesanggupan mereka berkongsi pengalaman dan ilmu. Selain itu, saya juga
sentiasa cuba sedaya upaya membantu semua kakitangan dan memastikan semua kerja
yang dilakukan berjalan lancar dan teratur.
KESIMPULAN
6.1
KESIMPULAN
Sepanjang
menjalani Latihan Industri, pelbagai pengetahuan yang baru mengenai bidang
teknologi maklumat yang telah diajar di Keretapi Tanah Melayu Berhad. Segala
pembelajaran semasa di politeknik dapat diaplikasikan dalam suasana pekerjaan
sebenar. Selain itu, dapat melihat perkembangan semasa dalam hal-hal kerja yang
berkaitan dengan perhubungan. Sepanjang lima bulan yang telah diwajibkan oleh
pihak politeknik bagi menjalani latihan industri, pelbagai perkara yang dapat
dipelajari dan memberi manfaat kepada kehidupan terutamanya dalam
mendisiplinkan diri, cara berkomunikasi dengan baik, supaya lebih berkeyakinan
dan dapat menghadapi pelbagai cabaran dalam apa jua keadaan yang
berlaku.Latihan industri ini juga memberi saya pendedahan awal tentang alam
pekerjaan, disiplin diri melalui ketetapan masa, cara berpakaian, cuti, tingkah
laku terhadap kakitangan dan pelanggan. Secara tidak langsung melalui latihan
ini saya bersedia, berani serta lebih berkeyakinan untuk berdepan dengan
masalah yang mendatang. Seterusnya, pelbagai pengetahuan dan kemahiran baru
yang saya perolehi melalui tunjuk ajar dan bimbingan daripada penyelia dan
kakitangan di Keretapi Tanah Melayu Berhad yang banyak memberi panduan dan
komen yang membina.Sepanjang tempoh latihan industri ini, pihak kakitangan Keretapi
Tanah Melayu telah memberi banyak kerjasama dan sokongan padu yang amat
berharga kepada saya. Berbagai aktiviti, teori dan kemudahan telah disediakan
oleh pihak di Keretapi Tanah Melayu Berhad dari masa ke semasa untuk
mendedahkan saya kepada suasana kerja di dalam pejabat mahupun di luar pejabat
sedikit sebanyak mungkin dapat mewujudkan hubungan yang mesra dalam kalangan
warga kerja dan pelanggannya.Program latihan ini amat bererti dan merupakan
peluang yang tidak mungkin diperolehi oleh saya dari segi teknikal,
keusahawanan dan akademik yang merangkumi sebagai seorang pekerja.Program ini
juga memberi peluang yang baik kepada saya dari segi komunikasi dan pergaulan
dengan kakitangan dan pelanggan dalam pelbagai peringkat umur dan bangsa. Pada
masa yang sama pergaulan itu juga akan memberi faedah di masa akan datang iaitu
saya saya lebih mudah mencari pekerjaan jika terdapat disiplin dan keyakinan
diri dalam diri saya.Secara kesimpulannya, latihan industri ini telah memberi
banyak faedah dan pengalaman yang berharga kepada pelatih.Ia memberi peluang
kepada pelatih untuk mengaitkan pelajaran di dalam kuliah dengan
memperaktikkannya di tempat industri, menimba pengetahuan dan kemahiran baru,
memupuk sikap kerja yang baik dan menjalinkan hubungan yang mesra di kalangan
warga kerja. Selain itu, ia dapat menyakinkan pihak jabatan atau syarikat untuk
mengambil pelajar lepasan politeknik untuk bekerja dengan jabatan,firma atau
syarikat mereka.Akhir sekali, saya ingin menyatakan saya berpuas hati dengan
layanan yang diberikan. Semua ilmu pengetahuan yang diperolehi akan saya
mempratikannya sama ada untuk diri saya sendiri ataupun keluarga. Jasa-jasa
baik mereka akan saya ingati dan tidak akan saya lupakan.
Assalamualaikum KTMB bagi Tempat Tinggal ke ?
ReplyDeleteWhatsapp Saya 0179372680
ReplyDelete