LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
SESI NOVEMBER 2017
AMIR
SYAZWAN BIN LATFI AMIR
(08DEP15F1456)
HALAMAN JUDUL
LAPORAN
AKHIR LATIHAN INDUSTRI
OLEH :
AMIR
SYAZWAN BIN LATFI AMIR
(08DEP15F1456)
LOKASI
LATIHAN INDUSTRI :
IBU PEJABAT KORPORAT,
JALAN SULTAN HISHAMUDDIN,
50621 KUALA LUMPUR.
Laporan Akhir Latihan Industri Ini Dikemukakan Kepada
Pensyarah Penilai Di Jabatan Kejuruteraan Elektrik Bagi Memenuhi Sebahagian
Dari Syarat Penilaian Latihan Industri Dan Penganugerahan Diploma Kejuruteraan
Elektronik (Komunikasi)
POLITEKNIK
SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
NOVEMBER
2018
PENGHARGAAN
Segala pujian
bagi Allah SWT pemilik sekalian alam, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan
taufik dan hidayahNya, telah memberi keizinan saya untuk menyiapkan Laporan
Latihan Industri ini, blog Laporan Latihan Industri ini adalah satu tanda
penghargaan saya kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu dan memberi
tunjuk ajar yang berguna semasa saya menjalani Latihan Industri, selama 20
minggu dari 28 November 2017 hingga 13 April 2018. Terlebih
dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Right Click
Solution kerana sudi menerima saya untuk menjalani Latihan Industri di
sana.
Terlebih dahulu saya
ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak KTMB. kerana
telah memberi peluang kepada saya menjalani Latihan Industri di syarikat
ini. Saya bersyukur dan berterima kasih yang tidak terhingga kerana
menerima layanan dan teguran yang baik
serta saya dapat berkomunikasi dan
bekerjasama dengan warga di syarikat ini
tanpa mengira peringkat umur mahupun jawatan.
Di samping itu, Blog
laporan ini akan digunakan untuk memaklumkan dan menyatakan segala pengalaman
dan pengetahuan yang saya perolehi semasa menjalani Latihan Industri di KTMB.
Penyediaan blog laporan Latihan Industri ini bukan sahaja penting untuk
menentukan keputusan penuh Latihan Industri, malah ia secara amnya membuatkan
pelajar-pelajar yang menjalani Latihan Industri ini menilai, bahawa bukan mudah
untuk mengharungi alam pekerjaan tanpa pengalaman dan usaha yang gigih.
Di sini juga saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua kakitangan pekerja terutamanya en shahril izwan bin sabran selaku
SI , Rizal (Juruteknik kanan) dan selaku supervisor
kerana telah banyak memberi tunjuk ajar
dan bimbingan sepanjang tempoh latihan.
Akhirnya dapat juga
saya menyiapkan blog Laporan Industri ini setelah tamat menjalani Latihan
Industri selama hampir enam bulan. Dengan terhasilnya blog laporan ini maka
lengkaplah Latihan Industri saya, dan saya hanya menunggu masa untuk ditemuduga
sahaja sekembalinya ke Politeknik Sultan Salahuddin abdul aziz shah untuk
menyambung pelajaran. Sehubungan dengan itu, saya berharap blog Laporan yang
saya hasilkan ini dapat digunakan oleh pelajar-pelajar akan datang sebagai
rujukan.
PERAKUAN PELAJAR
“Saya akui bahawa laporan ini
adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan
…………………………
Nama
Pelajar :
AMIR SYAZWAN BIN LATFI AMIR
No.Pendaftaran
: 08DEP15F1456
Disahkan oleh
............................
(
)
Senarai Kandungan
Isi Kandungan Muka Surat
Halaman Judul I
Perakuan II
Surat Tamat
Latihan III
Dedikasi IV
Penhargaan V
Senarai Kandungan VI
Senarai Jadual VII
Senarai Rajah VIII
Senarai Lampiran IX
BAB 1: PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Objektif
Latihan Industri
1.3 Objektif
Laporan
1.4 Kepentingan
Latihan Industri Kepada Pelajar
BAB 2: LATAR BELAKANG SYARIKAT
2.1 Pengenalan
Firma
2.2 Latar Belakang
Syarikat
2.3 Ahli Lembaga
Pengarah
2.3.1 Sistem Pentadbiran
2.3.2 Aktiviti Firma
2.3.3 Halatuju Firma
2.3.4 Carta Organisasi Firma
2.3.5 Kelayakan Syarikat
BAB 3: AKTIVITI MINGGUAN
BAB 4: LAPORAN TEKNIKAL
BAB 5: DAPATAN DAN CADANGAN
PENGENALAN
Latihan
Industri ini diwajibkan kepada setiap pelajar Diploma Elektronik (Komunikasi)
sebagai syarat penganugerahan diploma. Latihan ini bertujuan untuk memberikan
pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang keadaan sebenar alam pekerjaan
dalam bidang Elektronik (Komunikasi) dan sebagai persediaan awal bagi pelajar
sebelum melangkah ke satu tahap menjadi seorang pekerja. Bagi sesi
NOVEMBER 2017, latihan ini berjalan selama 20 minggu iaitu bermula pada
28 NOVEMBER 2017 hingga 13 NOVEMBER 2018.
Saya
telah memohon dan mendapat tempat untuk menjalani Latihan
Industri di KERETA API TANAH MELAYU , KUALA LUMPUR. Saya telah
ditempatkan di SEMBOYAN (ISAYARAT) sepanjang tempoh latihan industri
disini. Sepanjang tempoh latihan disini, saya telah diberi peluang untuk
melibatkan diri dalam melakukan kerja-kerja sokongan teknikal yang berkaitan
isyarat seperti pemasangan cable, menukar transponder, memprogram
transponder dan membaca transponder.
OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Latihan
industri atau secara umumnya ialah latihan secara praktikal yang telah
diwajibkan keatas semua pelajar semester enam adalah salah satu syarat
untuk lulus dan memiliki Diploma Pengaturcaraan apabila tamat pengajian di
Politeknik Sultan salahuddin abdul aziz shah kelak.
Objektif latihan industri ini adalah untuk mendedahkan pelajar ke alam
pekerjaan yang sebenar di kilang, firma, kontraktor dan sebagainya. Ia juga
adalah bertujuan supaya pelajar dapat menanamkan semangat kerja secara
berpasukan dan membuat perhubungan baik di antara pekerja. Tujuan latihan
industri ini juga adalah untuk mengaitkan teori yang dipelajari dan disesuaikan
kepada praktikal. Walaupun ada dikalangan pelajar yang pergi ke latihan
industri tidak berkaitan namun ilmu dalam latihan itu turut membantu pelajar
semasa berkerja kelak. Objektif lain juga adalah supaya pelajar dapat
mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan ketika bekerja dan juga dapat
membina keyakinan diri sendiri ketika berada di dalam sebuah syarikat dan
sebagainya.
PENDAHULUAN
Latihan
Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di
politeknik dan dilaksanakan pada semester enam bagi program yang telah
dikenalpasti bagi menjalankan Latihan Industri Semester Akhir (LISA). Ianya
adalah merupakan proses penempatan pelajar di mana-mana organisasi sama ada di
jabatan kerajaan atau organisasi swasta bagi mendedahkan mereka kepada
suasana pekerjaan yang sebenar. Pelajar yang mengikuti pengajian di Politeknik
Kementerian pengajian Tinggi Malaysia diwajibkan menjalani latihan industri
selama satu semester sebelum dianugerahkan diploma.
OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
Laporan Latihan Industri amat
dititikberatkan dan merupakan syarat lulus sesi Latihan Industri, ia adalah
bertujuan untuk :
- Menterjemah kerja-kerja amali yang dilakukan ke dalam bentuk teori.
- Membentuk peribadi seorang pekerja yang berdisiplin kerana berupaya
membahagi masa dengan sebaiknya.
- Melahirkan pelajar yang bijak mengurus,merancang dan melaksanakan
tugasan dengan cekap.
- Meningkatkan pemahaman dan pengahayatan terhadap tanggungjawab
profesional, etika dan sosial.
- Memahami aspek-aspek pengurusan dan penyeliaan dalam persekitaran
kerja.
- Melatih pelajar mengahasilkan laporan yang padat, tepat dan
berkualiti.
- Memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran komputer
yang dipelajari
- Laporan Latihan Industri juga berperanan untuk dijadikan bukti atau dokumen sokongan ketikan menghadiri sesi temuduga sebenar kelak.
KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR
Tanpa
latihan industri, seorang pelajar itu tidak akan mempraktikkan segala kemahiran
yang telah diperolehi. Kes ini sekaligus akan menyukarkan pelajar untuk mencari
pekerjaan. Ini kerna,kebanyakan majikan akan melihat dan menilai bakat
pekerjanya dengan kemahiran dan pengalaman kerja yang telah dilalui sebelum
ini.
Dengan
adanya latihan industri,plajar akan mendapat peluang pekerjaan dengan lebih
mudah kerna telah memiliki pengalaman berkerja semasa latihan industri. Ia juga
menjadikan pelajar berfikiran lebih terbuka dan berpandangan jauh didalam
bidang yang diceburi. Pelajar akan dapat melihat dan mendapatkan pengalaman
dalam bidang yang dipilih.
Pogram yang
dijalankan ini melahirkan tenaga separa mahir dan profesional seiring dengan
sektor perindustrian terkini. Lantaran itu,pelajar akan lebih bersemangat untuk
berusaha dan berjaya selepas tamat latihan untuk mencari perkerjaan yang bagus
dan seterusnya memberi komitmen menyeluruh di alam pekerjaan sebenar.
Pada tahun 1961
merupakan tarikh berakhirnya orang eropah menjadi Pengurus Besar KTM. Dato’
Ahmad Perang merupakan anak watan yang pertama menjadi Pengurus Besar, dan Haji
Waad Jamaluddin merupakan kakitangan KTM yang pertama berjaya memegang jawatan
Pengurus Besar KTM. Selebihnya jawatan tersebut dipegang Pegawai Perkhidmatan
Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang dipinjamkan ke KTM.
KTM sejak
sebelum Perang Dunia lagi mempunyai rancangan pembinaan landasan merentasi
Kuala Lumpur ke Pahang, dari Johor Bahru ke Kuantan dan menyusur negeri
Terengganu dan kelantan tetapi tidak dapat dilaksanakan. Malah beberapa
landasan yang telah dirancangkan namun ianya tidak menjadi kenyataan.
Diantaranya ialah landasan sejauh 70 batu dari kulai ke Endau; keduanya dari
Kluang ke Muar dan terus ke Melaka sejauh 95 batu, ketiga; landasan sejauh 40
batu dari Gemas ke Melaka. Di Pahang pula dirancangkan landasan cawangan dari
Jerantut ke Kuantan sejauh 25 batu, manakala di Selangor pula dari kelang ke
Morib. Di negeri Perak cadangan pembinaan landasan cawangan yang terbengkalai
iaitu dari Ipoh ke Gopeng dan dari Bagan Serai ke Kuala Kurau. Namun kesemua rancangan
tersebut tidak terlaksana.
KTM juga turut memberi
sumbangan dari segi senibena, Ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu, stesen Kuala
Lumpur merupakan diantara bangunan indah buatannya dinegara ini. Senibena
`Moorsih’ menjadi cirri utama dalam rekabentuknya. Projek pembesaran stesen
Kuala Lumpur turut menyerapkan rupa bentuk asalnya dalam pembenaan meluskan dan
mencantikkan bangunan stesen KTM.
KTM turut memberi sumbangan di
Singapura. Selain dari mengambil alih landasan utama dari Singapura, KTM telah
membena landasan ke Changi. Landasan ini dibena untuk jabatan perang bagi
kerja-kerja pembinaan pertahanan di Singapura. Di Pulau Pinang, keretapi Bukit
Bendera yang ada kini telah dibena diawal tahun 1920-an FMSR mengambil alih
pentadbiran keretapi mulai tahun 1924.
Pada tahun
1992 KTM telah di Swastakan dan Nama KTM telah di ubah kepada
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). KTMB juga telah menapak setapak lagi
dengan memperkenalkan sistem pengangkutan moden yang dikenali sebagai Komuter
sesuai dengan kemodenan hari ini.
Pada tahun 1995 Stesen keretapi
Kuala Lumpur telah dipindahkan ke stesen baru yang terletak di Kuala Lumpur
Senteral (KL-Sentral). Stesen baru ini lebih moden dan selesa manakala stesen
keretapi lama digunakan sebagai hentian bagi perkhidmatan Komuter dan pusat
pelancongan.
Demikian sumbangan Keretapi
kepada pembangunan Negara. Dari Perak State Railway, FMSR hinggalah KTM dan
hari ini KTMB. Ia telah memberikan perkhidmatan yang tidak ternilai kepada
Negara. Pelbagai cabaran ditempuh namun keretapi tetap bergerak maju seiring
dengan pembangunan Negara. Sehingga kini keretapi adalah satu perkhidmatan yang
masih diperlukan oleh rakyat dan Negara.
AHLI LEMBAGA
PENGARAH