Monday, 26 March 2018



            






LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
SESI NOVEMBER 2017


AMIR SYAZWAN BIN LATFI AMIR
(08DEP15F1456)







HALAMAN  JUDUL

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

OLEH :

AMIR SYAZWAN BIN LATFI AMIR
(08DEP15F1456)

LOKASI LATIHAN INDUSTRI :

IBU PEJABAT KORPORAT,
JALAN SULTAN HISHAMUDDIN,
50621 KUALA LUMPUR.

Laporan Akhir Latihan Industri Ini Dikemukakan Kepada Pensyarah Penilai Di Jabatan Kejuruteraan Elektrik Bagi Memenuhi Sebahagian Dari Syarat Penilaian Latihan Industri Dan Penganugerahan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH



NOVEMBER 2018






PENGHARGAAN


       Segala pujian bagi Allah SWT pemilik sekalian alam, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayahNya, telah memberi keizinan saya untuk menyiapkan Laporan Latihan Industri ini, blog Laporan Latihan Industri ini adalah satu tanda penghargaan saya kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu dan memberi tunjuk ajar yang berguna semasa saya menjalani Latihan Industri, selama 20 minggu dari  28 November 2017 hingga 13 April 2018. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Right Click Solution kerana sudi menerima saya untuk menjalani Latihan Industri di sana.


        Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak KTMB.  kerana telah memberi peluang kepada saya menjalani Latihan Industri di syarikat ini.  Saya bersyukur dan berterima kasih yang tidak terhingga kerana menerima  layanan  dan  teguran  yang  baik  serta  saya  dapat  berkomunikasi  dan  bekerjasama  dengan  warga  di  syarikat  ini  tanpa  mengira  peringkat  umur  mahupun  jawatan.

       Di samping itu, Blog laporan ini akan digunakan untuk memaklumkan dan menyatakan segala pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi semasa menjalani Latihan Industri di KTMB. Penyediaan blog laporan Latihan Industri ini bukan sahaja penting untuk menentukan keputusan penuh Latihan Industri, malah ia secara amnya membuatkan pelajar-pelajar yang menjalani Latihan Industri ini menilai, bahawa bukan mudah untuk mengharungi alam pekerjaan tanpa pengalaman dan usaha yang gigih.

Di sini juga saya  ingin  mengucapkan  jutaan  terima  kasih  kepada  semua  kakitangan pekerja terutamanya en shahril izwan bin sabran selaku SI , Rizal (Juruteknik kanan) dan selaku  supervisor  kerana  telah  banyak  memberi  tunjuk  ajar  dan  bimbingan  sepanjang  tempoh  latihan.


       Akhirnya dapat juga saya menyiapkan blog Laporan Industri ini setelah tamat menjalani Latihan Industri selama hampir enam bulan. Dengan terhasilnya blog laporan ini maka lengkaplah Latihan Industri saya, dan saya hanya menunggu masa untuk ditemuduga sahaja sekembalinya ke Politeknik Sultan Salahuddin abdul aziz shah untuk menyambung pelajaran. Sehubungan dengan itu, saya berharap blog Laporan yang saya hasilkan ini dapat digunakan oleh pelajar-pelajar akan datang sebagai rujukan.




PERAKUAN PELAJAR

“Saya akui bahawa laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan                      


…………………………


Nama Pelajar            : AMIR SYAZWAN BIN LATFI AMIR
No.Pendaftaran        : 08DEP15F1456

Disahkan oleh


............................

(                               )







Senarai Kandungan

Isi Kandungan                                 Muka Surat
Halaman Judul                                                                         I
Perakuan                                                                                  II
Surat Tamat Latihan                                                               III
Dedikasi                                                                                  IV
Penhargaan                                                                              V
Senarai Kandungan                                                                 VI
Senarai Jadual                                                                         VII
Senarai Rajah                                                                          VIII
Senarai Lampiran                                                                    IX


BAB 1: PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Objektif Latihan Industri
1.3 Objektif Laporan
1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar


BAB 2: LATAR BELAKANG SYARIKAT
2.1 Pengenalan Firma
2.2 Latar Belakang Syarikat
2.3 Ahli Lembaga Pengarah
      2.3.1 Sistem Pentadbiran
      2.3.2 Aktiviti Firma
      2.3.3 Halatuju Firma
      2.3.4 Carta Organisasi Firma
      2.3.5 Kelayakan Syarikat


BAB 3: AKTIVITI MINGGUAN
BAB 4: LAPORAN TEKNIKAL
BAB 5: DAPATAN DAN CADANGAN









PENGENALAN

      Latihan Industri ini diwajibkan kepada setiap pelajar Diploma Elektronik (Komunikasi) sebagai syarat penganugerahan diploma. Latihan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang keadaan sebenar alam pekerjaan dalam bidang Elektronik (Komunikasi) dan sebagai persediaan awal bagi pelajar sebelum melangkah ke satu tahap menjadi seorang pekerja. Bagi sesi NOVEMBER 2017, latihan ini berjalan selama 20 minggu iaitu bermula pada 28 NOVEMBER 2017 hingga 13 NOVEMBER 2018.



       Saya telah memohon dan mendapat tempat untuk menjalani Latihan Industri di KERETA API TANAH MELAYU , KUALA LUMPUR. Saya telah ditempatkan di SEMBOYAN (ISAYARAT) sepanjang tempoh latihan industri disini. Sepanjang tempoh latihan disini, saya telah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam melakukan kerja-kerja sokongan teknikal yang berkaitan isyarat seperti pemasangan cable, menukar transponder, memprogram transponder dan membaca transponder.

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

       Latihan industri atau secara umumnya ialah latihan secara praktikal yang telah diwajibkan keatas semua pelajar semester enam adalah salah satu syarat untuk lulus dan memiliki Diploma Pengaturcaraan apabila tamat pengajian di Politeknik Sultan salahuddin abdul aziz shah kelak.


       Objektif latihan industri ini adalah untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar di kilang, firma, kontraktor dan sebagainya. Ia juga adalah bertujuan supaya pelajar dapat menanamkan semangat kerja secara berpasukan dan membuat perhubungan baik di antara pekerja. Tujuan latihan industri ini juga adalah untuk mengaitkan teori yang dipelajari dan disesuaikan kepada praktikal. Walaupun ada dikalangan pelajar yang pergi ke latihan industri tidak berkaitan namun ilmu dalam latihan itu turut membantu pelajar semasa berkerja kelak. Objektif lain juga adalah supaya pelajar dapat mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan ketika bekerja dan juga dapat membina keyakinan diri sendiri ketika berada di dalam sebuah syarikat dan sebagainya.



PENDAHULUAN


       Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di politeknik dan dilaksanakan pada semester enam bagi program yang telah dikenalpasti bagi menjalankan Latihan Industri Semester Akhir (LISA). Ianya adalah merupakan proses penempatan pelajar di mana-mana organisasi sama ada di jabatan kerajaan atau organisasi swasta bagi mendedahkan mereka  kepada suasana pekerjaan yang sebenar. Pelajar yang mengikuti pengajian di Politeknik Kementerian pengajian Tinggi Malaysia diwajibkan menjalani latihan industri selama satu semester sebelum dianugerahkan diploma.






OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI



Laporan Latihan Industri amat dititikberatkan dan merupakan syarat lulus sesi Latihan Industri, ia adalah bertujuan untuk :

  • Menterjemah kerja-kerja amali yang dilakukan ke dalam bentuk teori.
  • Membentuk peribadi seorang pekerja yang berdisiplin kerana berupaya membahagi masa dengan sebaiknya.
  • Melahirkan pelajar yang bijak mengurus,merancang dan melaksanakan tugasan dengan cekap.
  • Meningkatkan pemahaman dan pengahayatan terhadap tanggungjawab profesional, etika dan sosial.
  • Memahami aspek-aspek pengurusan dan penyeliaan dalam persekitaran kerja.
  • Melatih pelajar mengahasilkan laporan yang padat, tepat dan berkualiti.
  • Memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran komputer yang dipelajari
  • Laporan Latihan Industri juga berperanan untuk dijadikan bukti atau dokumen sokongan ketikan menghadiri sesi temuduga sebenar kelak.



KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR



      Tanpa latihan industri, seorang pelajar itu tidak akan mempraktikkan segala kemahiran yang telah diperolehi. Kes ini sekaligus akan menyukarkan pelajar untuk mencari pekerjaan. Ini kerna,kebanyakan majikan akan melihat dan menilai bakat pekerjanya dengan kemahiran dan pengalaman kerja yang telah dilalui sebelum ini.






       Dengan adanya latihan industri,plajar akan mendapat peluang pekerjaan dengan lebih mudah kerna telah memiliki pengalaman berkerja semasa latihan industri. Ia juga menjadikan pelajar berfikiran lebih terbuka dan berpandangan jauh didalam bidang yang diceburi. Pelajar akan dapat melihat dan mendapatkan pengalaman dalam bidang yang dipilih.





      Pogram yang dijalankan ini melahirkan tenaga separa mahir dan profesional seiring dengan sektor perindustrian terkini. Lantaran itu,pelajar akan lebih bersemangat untuk berusaha dan berjaya selepas tamat latihan untuk mencari perkerjaan yang bagus dan seterusnya memberi komitmen menyeluruh di alam pekerjaan sebenar.






BAB 2 : LATAR BELAKANG



KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD







       Pada tahun 1961 merupakan tarikh berakhirnya orang eropah menjadi Pengurus Besar KTM. Dato’ Ahmad Perang merupakan anak watan yang pertama menjadi Pengurus Besar, dan Haji Waad Jamaluddin merupakan kakitangan KTM yang pertama berjaya memegang jawatan Pengurus Besar KTM. Selebihnya jawatan tersebut dipegang Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang dipinjamkan ke KTM.




  

       KTM sejak sebelum Perang Dunia lagi mempunyai rancangan pembinaan landasan merentasi Kuala Lumpur ke Pahang, dari Johor Bahru ke Kuantan dan menyusur negeri Terengganu dan kelantan tetapi tidak dapat dilaksanakan. Malah beberapa landasan yang telah dirancangkan namun ianya tidak menjadi kenyataan. Diantaranya ialah landasan sejauh 70 batu dari kulai ke Endau; keduanya dari Kluang ke Muar dan terus ke Melaka sejauh 95 batu, ketiga; landasan sejauh 40 batu dari Gemas ke Melaka. Di Pahang pula dirancangkan landasan cawangan dari Jerantut ke Kuantan sejauh 25 batu, manakala di Selangor pula dari kelang ke Morib. Di negeri Perak cadangan pembinaan landasan cawangan yang terbengkalai iaitu dari Ipoh ke Gopeng dan dari Bagan Serai ke Kuala Kurau. Namun kesemua rancangan tersebut tidak terlaksana.






       KTM juga turut memberi sumbangan dari segi senibena, Ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu, stesen Kuala Lumpur merupakan diantara bangunan indah buatannya dinegara ini. Senibena `Moorsih’ menjadi cirri utama dalam rekabentuknya. Projek pembesaran stesen Kuala Lumpur turut menyerapkan rupa bentuk asalnya dalam pembenaan meluskan dan mencantikkan bangunan stesen KTM.






      KTM turut memberi sumbangan di Singapura. Selain dari mengambil alih landasan utama dari Singapura, KTM telah membena landasan ke Changi. Landasan ini dibena untuk jabatan perang bagi kerja-kerja pembinaan pertahanan di Singapura. Di Pulau Pinang, keretapi Bukit Bendera yang ada kini telah dibena diawal tahun 1920-an FMSR mengambil alih pentadbiran keretapi mulai tahun 1924.





       Pada tahun 1992 KTM telah di Swastakan dan Nama KTM telah di ubah kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). KTMB juga telah menapak setapak lagi dengan memperkenalkan sistem pengangkutan moden yang dikenali sebagai Komuter sesuai dengan kemodenan hari ini.





      Pada tahun 1995 Stesen keretapi Kuala Lumpur telah dipindahkan ke stesen baru yang terletak di Kuala Lumpur Senteral (KL-Sentral). Stesen baru ini lebih moden dan selesa manakala stesen keretapi lama digunakan sebagai hentian bagi perkhidmatan Komuter dan pusat pelancongan.





      Demikian sumbangan Keretapi kepada pembangunan Negara. Dari Perak State Railway, FMSR hinggalah KTM dan hari ini KTMB. Ia telah memberikan perkhidmatan yang tidak ternilai kepada Negara. Pelbagai cabaran ditempuh namun keretapi tetap bergerak maju seiring dengan pembangunan Negara. Sehingga kini keretapi adalah satu perkhidmatan yang masih diperlukan oleh rakyat dan Negara.







AHLI LEMBAGA PENGARAH



1)      YB Dato’ Ir. Hj Nawawi Bin Hj. Ahmad
(Pengerusi Bukan Eksekutif)
Y. B. Dato’ Ir. Hj. Nawawi bin Hj. Ahmad, berusia 56 tahun, telah dilantik ke Lembaga Pengarah pada 24 Februari 2014. Beliau adalah Ahli Parlimen Langkawi, Kedah
 
2)      Datuk Hj. Kamaruzaman bin Hj. Mohd Noor
(Bebas Bukan Eksekutif)
 
3)      Dato’ Ahmad Rahimi Bin Abdul Samad
(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif )
YBhg Dato‘ Ahmad Rahimi Bin Abdul Samad, berusia 49 tahun, telah dilantik ke Lembaga Pengarah pada 1 Februari 2017. Beliau adalah Pengerusi di WZR Property Sdn. Bhd.
 
4)      Datuk Ir. Kamarulzaman bin Zainal
(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
YBhg. Datuk Ir. Kamarulzaman bin Zainal, berusia 54 tahun, telah dilantik ke Lembaga Pengarah pada 1 Ogos 2016. Beliau adalah bekas Naib Presiden Kanan di Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT)
    
5)      Dato’ Sr Ahmad Zainuddin bin Jamaluddin
(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
YBhg. Dato’ Sr. Ahmad Zainuddin bin Hj. Jamaluddin (Profesor Adjung), berusia 62 tahun, telah dilantik ke Lembaga Pengarah pada 27 April 2012. Beliau adalah bekas Pengarah Eksekutif di DK
       Binajaya Sdn. Bhd.
 
6)      Datuk Yew Teong Look
(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
YBhg. Datuk Yew Teong Look, berusia 61 tahun, telah dilantik ke Lembaga Pengarah pada 1 Mac 2016. Beliau adalah Pengerusi Persatuan Cina Malaysia (MCA) Wilayah Persekutuan.
 
7)      Dr. Zunika binti Mohamed
(Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif)
Y. Brs. Dr. Zunika binti Mohamed, berusia 49 tahun, telah dilantik ke Lembaga Pengarah pada 1 Mac 2016. Beliau adalah Pengarah di Seksyen Pertanian, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
 
8)      Mohd Hassan bin Ahmad
(Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif)
YBrs. Encik Mohd Hassan Ahmad, berusia 43 tahun, telah dilantik ke Lembaga Pengarah pada 1 Mac 2017. Beliau adalah Timbalan Setiausaha Bahagian di Pejabat Dasar Fiskal, Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia.
 
9)      Dato’ Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin
(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
YBhg. Dato’ Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin, berusia 44 tahun, telah dilantik ke Lembaga Pengarah pada 1 Mei 2016. Beliau adalah Pengarah Urusan di Adept Engineering Consultant Sdn. Bhd
 
10)   YBrs. Encik Khairul Adib bin Abd Rahman
(Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif)
YBrs. Encik Khairul Adib bin Abd Rahman, berusia 55 tahun, telah dilantik ke Lembaga Pengarah pada 1 Oktober 2017. Beliau adalah
       Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengangkutan

11)   Y.Brs. Mohd Rani Hisham Samsudin
(Ketua Pegawai Eksekutif)
YBrs. Encik Mohd Rani Hisham bin Samsudin, berusia 55 tahun, telah dilantik ke Lembaga Pengarah pada on 15 September 2017. Beliau adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan di Pos Aviation Services Sdn Bhd (dulu dikenali sebagai KL Airport Services Sdn. Bhd.).






CARTA ORGANISASI






LOKASI









ALAMAT KTMB (KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD)

Ibu Pejabat KTM BERHAD,
Jalan Sultan Hishamuddin,
50621 Kuala Lumpur.
KTMB HQ : +603 - 2263 1111 (Operation Time : 0830 - 1730)
Call center : +603 - 2267 1200 (Operation Time : 0700 - 2200)
Email: callcenter@ktmb.com.my


VISI DAN MISI


Visi
Menjadi penyedia pengangkutan rel yang berpatutan dan pilihan utama penumpang dan barang

Misi
Menyediakan perkhidmatan rel yang selamat , boleh dipercayai,selesa dan lestari menepati waktu sepanjang masa.